KPKT akan bincang dengan KPDN perluas Bazar Ramadan Rahmah

Oleh MALAYSIADATELINE

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat bagi penganjuran Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pihaknya menyambut baik inisiatif dirancang KPDN itu yang bakal memperkenalkan kadar sewa Rahmah bagi setiap tapak di bazar berkenaan.

“Kita akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama KPDN mengenai pendekatan ini dalam masa terdekat kerana pelaksanaannya dilakukan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengeluarkan kelulusan permit bazar dan sebagainya,” katanya.

Baca Artikel Penuh