Seorang kru penerbitan telah berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas membuat pendedahan mengenai ‘pasangan’ pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies.
Individu dikenali sebagai Mr Z itu tidak menafikan bahawa kedua-dua artis terbabit memiliki hubungan yang lebih akrab antara satu sama lain berbanding pelakon lain.
Malah ketika di lokasi penggambaran, Aliff dan Ruhainies juga acap kali meluangkan masa berdua di dalam kenderaan selain mempunyai panggilan istimewa iaitu ‘baby’.
Difahamkan, kru produksi juga sudahpun menasihati Aliff untuk menjaga pergaulan namun pelakon terbabit tidak menghiraukannya atas alasan mahu membina keserasian.
Mr Z bagaimanapun langsung tidak menduga bahawa hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran drama itu dibawa hingga ke dalam rumah, lapor Harian Metro.
“Pasangan hero dan heroin ada cara mereka (tersendiri) untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan juga berlatih bersama. Ada yang tak perlu berbuat demikian namun masih mampu memberikan hasil yang bagus.
“Tetapi dalam kes mereka ini, saya nampak lain macam. Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya. Namun dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies.
“Disebabkan itu, memang nampaklah kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby,” kata Mr Z memetik laporan Harian Metro.
Lebih mengejutkan, Mr Z turut mendakwa pasangan terbabit pernah beberapa kali hadir ke lokasi penggambaran bersama meskipun jadual ‘call time’ mereka berbeza.
Menyangka Aliff dan Ruhainies mampu bersikap profesional, Mr Z mengakui dirinya langsung tidak terfikir bahawa kedua-dua pelakon tersebut bakal ditangkap khalwat.
“Pada mulanya, saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Ingatkan, mereka profesional. Tetapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi.
“Pernah juga Ruhainies datang pada waktu sama dengan Aliff sedangkan ‘call time‘ Ruhainies lebih awal. Lagi yang buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik.” Ulasnya.
Terdahulu, seorang artis berstatus suami orang dilaporkan telah ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga merupakan pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.
Mengambil masa hampir tiga jam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas artis terbabit enggan membuka pintu untuk pemeriksaan.
Baca juga: Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies, anggap tak beradab muat naik video mesra dengan suami orang