Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies, anggap tak beradab muat naik video mesra dengan suami orang

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa menyangka kawan baik sendiri sanggup mengkhianati kepercayaan apabila berdua-duaan dengan suami di tempat tertutup.

Susulan isu panas melibatkan dua pelakon, pengarah Ellie Suriaty menganggap Ruhainies sebagai tidak beradab.

Menurut Kosmo! Online, Ellie meninggalkan komen di satu Instagram portal hiburan mengenai Ruhainies yang sanggup melakukan perkara sedemikian tanpa berfikir panjang.

“Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.

“Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik,” tulis komen Ellie di portal tersebut.

Jangan salahkan Bella

Baca Artikel Penuh