Kuasa viral kes Zara Qairina, makin ramai ibu bapa berani lapor polis kes buli di Kelantan

Oleh KIM SYAZIE

Semakin ramai pelajar dan ibu bapa tampil membuat laporan polis berkenaan kes buli di Kelantan selepas melihat fenomena luar biasa kes pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kes Zara Qairina menjadi titik tolak kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar di negeri itu.

Katanya, dalam tempoh dua minggu lalu, pihaknya telah menerima lima laporan berkaitan kes buli di sekolah.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan tahap kesedaran semakin meningkat dalam kalangan pelajar dan ibu bapa berhubung tindakan wajar apabila berdepan isu berkenaan.

“Sebelum ini, orang ramai kurang faham, contohnya dalam kes buli siber, mereka tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan.

“Namun, selepas kes Zara Qairina menjadi tular, semakin ramai berani tampil membuat laporan,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Baca juga: Aisar Khaled dikecam, rakam ‘content’ di kubur ‘rider’ maut dilanggar kenderaan taktikal polis