Kucing sesat ‘tumpang’ lori sayur, sedar-sedar dah sampai sempadan Singapura!

Oleh KIM SYAZIE

Hilang arah tujuan, seekor kucing bertindak ‘menumpang’ sebuah lori sayur yang sedang menuju ke sempadan Singapura.

Panik dibuatnya, tiba-tiba pemandu lori tersebut terdengar bunyi kucing mengiau sebelum sampai ke pusat pemeriksaan sempadan.

Khuatir kucing tersebut keluar lompat dari lori berkenaan, pemandu membuat keputusan untuk mengurung kucing itu di dalam bakul sayur.

Mulanya buntu, pemandu kemudian menyerahkan kucing sesat itu kepada pekerja pusat pemeriksaan di sempadan Singapura.

Oleh kerana kucing tersebut memakai rantai, keluarga pekerja pusat pemeriksaan itu mengiklankan penemuan ‘Oyen’ di Facebook.

Setelah menunggu sekian lama, keluarga itu memutuskan untuk menjaga kucing berkenaan kerana tiada pemilik yang membuat tuntutan.

Merupakan seekor kucing yang manja, Oyen tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dari hari pertama sampai di rumah itu.

Malah, Oyen juga menjadi peneman dan ‘pengacau’ setia bagi Mochi, iaitu seekor kucing lumpuh yang turut dibela oleh keluarga itu.

“Disebabkan tiada yang menuntut, jadi kami pun jagalah dia. Dari malam pertama, dia tak bising langsung. Cuma merayau di dalam rumah.

“Sekarang, Oyen dah jadi sebahagian dari keluarga. Walaupun awak tolol dan suka kacau saya masak and makan, kami tetap sayang awak Oyen,” kongsi keluarga pekerja itu.

Baca juga: Buat pertama kali Syed Mokhtar dedah keakraban dengan Anwar