Sekumpulan graduan yang mengambil gambar graduasi di sebuah restoran mamak mencuri tumpuan ramai.
Dalam perkongsian video dimuat naik seorang pengguna X, sekumpulan graduan lengkap berpakaian jubah dan topi mortar bergambar dengan makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia seperti roti tisu, nasi kandar, maggi goreng telur mata dan teh ais bungkus ikat tepi.
Lebih mencuit hati, ada antara mereka yang turut menjadikan pekerja restoran sebagai prop tambahan dalam sesi penggambaran mereka.
Pengguna X @kamaghul berkata: “Ini baru betul Malaysia. Gambar graduasi pun buat dekat mamak. Lawa pula tu.”
Hasil gambar-gambar yang ditunjukkan juga sangat cantik dan penuh dengan ‘vibes’ lokal sebenar.
Selain dianggap kreatif, sesi foto ini dipuji ramai kerana ia menggambarkan suasana sebenar kehidupan rakyat Malaysia yang sering menjadikan mamak sebagai tempat berkumpul.
Baca juga: ‘Maaf kalau bosan’ – Bella Astillah titip pesan buat peminat BASS