Seramai 155,800 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun disasarkan akan menerima vaksin melalui program PICKids di Pulau Pinang sepertimana data yang ada daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, program imunisasi Covid-19 untuk kanak-kanak peringkat negeri Pulau Pinang bermula secara rasmi pada hari Sabtu 12 Februari dan pelaksanaan pertama melibatkan kanak-kanak komorbiditi adalah pada 7 Februari yang lalu.
“Setakat ini sebanyak lima buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah diwujudkankan di Pulau Pinang merangkumi semua daerah di negeri ini.
” Antara PPV yang sedia ada ialah di Tapak Pesta, Sungai Nibong, Dewan Sunshine Bayan Baru di daerah Bayan Baru, Sunshine Bertam, Kepala Batas bagi daerah Seberang Perai Utara, Dewan MPKK, Bandar Cassia bagi daerah Seberang Perai Selatan dan Tapak Ekspo Seberang Jaya bagi daerah Seberang Perai Tengah.
“Manakala bagi kawasan yang jauh dari PPV sedia ada, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah akan melaksanakan pemberian vaksin tersebut melalui sekolah-sekolah,” ujar beliau.
Tegas beliau lagi, sehingga ini Pulau Pinang tidak menghadapi sebarang masalah bekalan vaksin.