Sektor makanan dan minuman (F&B) di Singapura kini melalui detik suram apabila kadar penutupan restoran menunjukkan peningkatan ketara sejak awal tahun ini.
Menurut laporan The Vocket, lebih 300 restoran terpaksa menghentikan operasi setiap bulan sepanjang tahun 2025, berbanding purata 254 restoran sebulan pada tahun sebelumnya.
Fenomena ini tidak hanya melibatkan restoran kecil atau milikan keluarga, malah turut memberi kesan kepada premis mewah serta tempat makan berprofil tinggi.
Salah satu nama besar yang berhadapan situasi ini ialah 1880, sebuah kelab eksklusif untuk ahli terpilih yang terletak di kawasan elit Robertson Quay.
Dalam satu kenyataan rasmi bertarikh 18 Jun, pihak pengurusan kelab itu menjelaskan:
“Kami perlukan penstrukturan semula dan kecekapan operasi. Realitinya, kehadiran dan perbelanjaan ahli terus menurun,” jelas pihak pengurusan 1880 seperti dilaporkan Channel News Asia.
Penutupan ini turut menyaksikan cawangan 1880 di Hong Kong, yang baru sahaja dibuka kurang setahun lalu, menamatkan operasi pada 30 Mei 2025.
Baca juga: Datuk usia 70-an sanggup gali sendiri tanah, bina kolam untuk cucu – “Dengan anak garang”