Penangan varian Omicron di Australia menyaksikan lebih ramai pesakit yang dijangkiti virus itu dimasukkan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU), berbanding sebelum ini.
Agensi melaporkan Australia berdepan penularan terburuk sepanjang pandemik Covid-19 dengan varian Omicron yang menular pantas.
Akibatnya, kadar kemasukan ke hospital terus melonjak ke tahap tertinggi walaupun kes harian jangkitan merekodkan sedikit penurunan.
Data rasmi kerajaan Australia menyatakan terdapat 74 kematian di tiga negeri penduduk teramai di Australia iaitu New South Wales, Victoria dan Queensland.
Jumlah kes di ketiga-tiga wilayah itu melebihi angka tertinggi sebelum ini iaitu 57 kematian yang dicatat 13 Januari lalu.