Nombor pendaftaran kenderaan siri ‘ANU’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berjaya mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.
Bidaan tersebut dibuka melalui sistem JPJeBID menerusi notis awam yang dikeluarkan dan berakhir pada 23 Disember lepas.
Memetik Bernama, pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan memakluman harga tertinggi bidaan adalah ‘ANU 1’.
“Sepanjang tempoh lima hari itu juga merekodkan lebih 1,768 pembida daripada 1.99 juta pembida berdaftar seluruh negara.
“Harga bidaan tertinggi ialah RM269,000 untuk ‘ANU 1’,” katanya seperti dipetik Bernama.
Bagaimanapun nombor dari siri tersebut bukanlah yang termahal untuk jualan plat JPJ Perak, tempat pertama dimiliki oleh nombor plat ‘AMG’.
“Sebelum ini ‘AMG’ mencatatkan jualan keseluruhan lebih daripada RM6 juta dan ke atas dan masih memegang rekod tertinggi nombor popular dibida,” katanya.
Anu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada orang, benda yang tidak disebut namanya kerana terlupa.
Namun dalam konteks lain ‘anu’ juga merujuk kepada sesuatu yang berunsur kedewasaan.
Baca juga: Bawa laju sambil buka ‘aircond’ boleh jahanamkan ‘compressor’? Ini pendedahan orang bengkel