Tiada pasangan yang mendirikan rumah tangga dengan niat mahu berpisah, tapi jika jodoh sudah terhenti maka penceraian adalah jalan terakhir.
Sudah memfailkan penceraian terhadap suami pada Mei tahun lepas, usahawan Puteri Zarith akui tertekan dengan proses yang masih tidak selesai.
Menurut Harian Metro, Puteri mengakui tertekan dengan kes perceraiannya bersama suami, Dr Munzir Shkori yang sudah berlarutan lebuh setahun.
“Saya ingatkan ia boleh selesai (bercerai) tapi tidak seperti yang diharapkan.
“Saya akui sudah penat dan mental saya agak terganggu setiap kali berada di mahkamah. Saya begitu berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental saya dan doktor memberitahu saya mengalami tekanan setiap kali ada masalah datang.
“Walau bagaimanapun saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Saya sendiri pun tiada jawapan kenapa kes ini berlarutan begitu lama, jawapannya hanya ada di tangan suami,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama Puteri bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya termasuklah pelakon Nora Danish.
“Nora sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta saya fokus kepada kehidupan dan keluarga.
“Bayangkan saya yang terlebih dahulu berdepan masalah tapi dia juga berdepan ujian yang hebat. Saya sendiri pun tak tahu masalah yang dihadapi sehinggalah dia beritahu pada media baru-baru ini.
“Selain Nora, ramai juga rakan-rakan artis yang mendoakan dan sanggup buat solat hajat supaya kes ini berjalan dengan lancar.
“Walaupun saya cuba senyum setiap kali buat siaran langsung di media sosial, tapi hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya sekarang ini,” tambahnya.
Baca juga: “Nanti saya tanya Allah” – Fazura penat disoal mengenai anak kedua, anggap belum rezeki