Seorang lelaki didakwa meminta upah berbentuk seksual dari seorang wanita sebagai ganjaran kerana membantu wanita berkenaan mencari rumah sewa di sekitar Setiu, Terengganu.
Perbuatan itu didedahkan oleh wanita berkenaan di Facebook, dengan berserta bukti perbualan mereka di messenger.
Bagaimanapun lelaki dipercayai berstatus suami orang itu tampil menafikan dan membuat permohonan maaf di grup Facebook Warga Setiu.
Individu itu juga mendakwa akaun Facebook miliknya digodam.
“Saya mohon maaf atas apa yang dah tular pada Facebook saya hari ini. Facebook saya tak boleh buka. Ada orang guna akaun Facebook saya.
“Facebook saya kena godam. Saya tak buat kerja kotor begitu. Saya ada anak bini dah untuk saya tanggung. Saya tak tahu benda ni nak jadi pada saya.
“Mungkin ini Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu. Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Banyak kali saya cuba tukar Facebook (password) saya tapi tak boleh daftar keluar,” tulisnya.
Sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang lelaki yang meminta mengadakan hubungan seksual sebagai upah kerana membantu mencari rumah sewa di lokasi berkenaan.
Susulan daripada insiden tersebut, wanita terbabit memberitahu dia telah membuat laporan polis terhadap lelaki yang menghantar mesej berbaur lucah itu untuk tindakan lanjut.