Ada ke orang jual peti ais ‘second hand’ buruk RM20,000? Itulah persoalan yang bermain di minda netizen apabila Seorang lelaki mahu jual peti ais buruk berusia 40 tahun dengan harga RM20,000.
Menurut lelaki tersebut peti ais ‘buruk’ tersebut masih boleh digunakan sampai sekarang. Tambahnya lagi, peti ais berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun kerana sudah ada sejak dia bayi lagi dan tidak pernah mengalami kerosakkan serta masih berfungsi sehingga ke hari ini.
Dengan sebab ketahanan peti ais itulah dia mengambil keputusan untuk menjual semula peralatan elektrik itu dengan harga yang tinggi.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai abang_mat2023, dia telah memuat naik video menawarkan peti ais yang telah buruk kepada orang ramai dengan membuka harga RM20,000.

Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai dari orang ramai. Ada juga komen yang memerli supaya lelaki ii menghantar peti ais tersebut ke muzium.