Nama selebriti media sosial yang terkenal dengan cabaran ‘tebuk Al-Quran’ menjadi topik perbincangan selepas didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual.
Dakwaan tersebut bagaimanapun mula ‘reda’ setelah lelaki yang berusia 27 tahun itu menyangkal tuduhan dilemparkan kepadanya selain menyifatkannya sebagai fitnah.
Namun isu tersebut kembali hangat selepas seorang wanita mengaku sebagai bekas tunang kepada selebriti media sosial itu tampil membuat pendedahan mengejutkan.
Menerusi beberapa hantaran di ‘Instastory’, wanita terbabit turut berkongsi tangkap layar perbualan mesej dipercayai antara personaliti islamik itu dengan ibunya sendiri.
Dalam perbualan tersebut, ibu kepada personaliti islamik berkenaan telah merendah-rendahkan tunang anaknya dan mengutuk keluarganya sehari selepas majlis merisik.
“Saya tiada niat untuk menjatuhkan dia. Tetapi cara mereka terlalu kurang ajar dan patut diajar. Kenapa baru sekarang saya nak bersuara? Ada sebabnya dan saya rasa dia pun tahu.
“Sebab itu saya cakap jangan nafikan dan menganggap itu semua fitnah (dakwaan gangguan). Saya hanya mahu dia bersemuka dengan saya. Itu sahaja,” kata wanita terbabit menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pendedahan tersebut, wanita itu turut mendakwa bekas tunangnya itu sangat berkira dengan perbelanjaan termasuk makanan ketika mereka menjalin hubungan.
Wanita itu turut memuat naik gambar sijil kursus kahwin yang dihadirinya bersama personaliti islamik terbabit sebagai bukti mereka pernah mengikat tali pertunangan.
“Untuk pengetahuan semua, saya tidak terlibat dalam kes Q***** yang baru ini viral. Tetapi ada ada hal lain di antara saya dengan dia belum selesai. Mungkin ramai tak tahu kami pernah nak bertunang.
“Memang keluarga kami sahaja yang tahu pasal hubungan kami. Nampaknya tarik panjang juga kes (gangguan seksual) ini. Saya ajak dia berjumpa untuk berbincang. Tetapi dia tak nak dan block saya.
“Kalau betul kau tak salah, jangan lari. Kalau ikutkan emosi, semua bukti sudah saya sebarkan. Tetapi saya masih berfikiran waras untuk jaga maruah dan aib dia.” Jelas wanita terbabit.
Berdasarkan sijil kursus kahwin tersebut, wanita itu membuat pendedahan mengenai selebriti media sosial iaitu Abdul Qawiy Abd Rashit atau dikenali Qawiy yang terkenal dengan video ‘tebuk’ mengaji di jalanan.
Baca juga: Siapa ustaz selebriti kerap merepek dan baca hadith palsu dalam ceramah? Netizen bagi satu ‘hint’