“Mahkamah tak bongoklah nak bagi kau RM100 juta!”, giliran Aliff Syukri balas ancaman Diva AA

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini tular video Datuk Seri Aliff Syukri yang secara tiba-tiba menarik rambut pengacara sensasi Azwan Ali ketika kedua-dua mereka menghadiri sebuah acara di Singapura.

Susulan itu Azwan yang dikenali sebagai Diva AA berkata akan memfailkan saman RM100 juta terhadap usahawan sensasi tersebut.

Aliff kemudiannya memuat naik video sebagai respon kepada amaran saman tersebut.

Katanya, tidak guna Azwan meminta jumlah duit sebanyak itu memandangkan hal itu bukan mudah untuk mahkahmah mengizinkan begitu sahaja. 

Dia juga berkata, penat dilaga-lagakan kerana mengira ramai hanya ingin mengguna namanya untuk populariti sahaja.

“RM100 juta? Mudahhnya kau nak minta RM100 juta. Mahkamah tak bongoklah nak bagi kau RM100 juta. 

“Saya ni malas nak bergaduh dengan orang, orang hanya ambil kesempatan atas nama saya,” katanya.

Usahawan berumur 36 tahun itu juga menyatakan di kapsyen video bahawa dirinya sedia untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memberi kepercayaan kepada peguamnya untuk menyelesaikan masalah ini.

Terdahulu, Diva AA dikatakan telah dimalukan di hadapan orang ramai apabila Aliff Syukri menarik rambutnya di atas pentas semasa sebuah acara sedang dijalankan.

Baca juga: Bekas barista kedai ‘bintang’ dedah resipi rahsia bancuhan kopi – “Boleh boikot dengan senang hati!”