Selepas berkahwin, memang tak salah untuk dengar cakap ibu bapa tapi janganlah sampai menyinggung hati pasangan.
Apatah lagi jika pasangan selalu mengadu benda sama berulang kali, siasatlah dan bukan sekadar menjadi penonton.
Seorang wanita terpaksa menahan diri selama 14 tahun daripada terasa dengan kata-kata ibu mentua.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Saya dah berkahwin selama 14 tahun, ada sorang anak lelaki umur 13 tahun. Sepanjang perkahwinan jarang sangat saya bergaduh dgn suami sebab lain, melainkan pasal keluarga.
Saya bekerja sendiri, suami kerja swasta, selalu outstation hampir setiap hari kejap ke Johor, esok ke Lumut, lusa ke Melaka..
Macam itulah selalunya, mujur ada anak yang teman saya dekat rumah. Isu dia, mak mentua saya suka cakap lepas, suka bandingkan saya dengan kakak ipar.
Pernah sekali saya gaduh dengan suami siap dia perli saya dalam kerera kemudian mak mentua menyampuk kakak ipar tak pernah tinggi suara dengan abang ipar.
Ada juga dia tanya pasal harta, contoh beli rumah atas nama siapa, persoalannya kenapa dia tanya saya dan buka anak dia.
Saya belum ada rezeki lagi nak dapat anak nombor dua tapi mak mentua tak habis tanya saya merancang atau tak, banyak lagi dia buat saya sakit hati.
Luah dekat suami pun tak guna.
Saya diam sahaja depan mak mentua tapi bila mengadu dekat suami nanti saya juga yang kena balik.
Masalahnya dari dulu sampai sekarangbila kita luah, kita yang kena balik. Bukan dia nak pujuk, dia perli kita balik, sudahlah tengah sedih, kena perli lagi dengan suami.
Suami saya pun boleh tahan laser mulut dia, suami akan cakap “saya rasa biasa je, awak tu tak bergaul, awak duduk dlm gua lah kalau nak terasa, awak ni ada je tak puas hati dengan mak saya”.
“Kalau tak suka awak ada pilihan, boleh je angkat kaki,” dia juga ugut saya kalau rasa susah sangat, kahwin saja dengan orang lain.
Tak pernah sekalipun dia bela saya depan mak dia, semua salah saya. Saya yang kena pujuk diri sendiri.
Sepanjang perkahwinan tu ada dalam lima kali dia pujuk saya itupun sebab saya menangis sebab terasa sangat.
Lebih menyakitkan suami pernah tengking saya depan keluarga sebab saya minta angkatkan beg walaupun masa tu dia tengah borak santai dengan mak.
Pernah sekali kakak ipar batalkan plan nak makan dekat rumah mentua kebetulan kami ke sana sebab ada hal, suami paksa saya pergi juga rumah mak dia.
Kenapa salah saya pula, memang saya tiada niat pun nak pergi sana, salah kakak ipar yang batal saat akhir tapi saya juga jadi mangsa keadaan.
Sampai satu tahap saya jadi trauma nak balik, dihentam mak mentua dan suami sendiri ini perit betul.
Baca juga: “Adik kantoi tidur dengan suami, tapi keluarga aku langsung tak percaya, akhirnya aku nekad…”