Seorang wanita tertekan gara-gara campur tangan berlebihan ibu mentuanya dalam rumah tangganya.
Wanita itu meluahkan kekecewaan melalui hantaran di media sosial, menceritakan detik ketika ibu mentuanya tiba-tiba menyerbu bilik pengantin pada malam pernikahan.
Ibu mentuanya menyeranaikan empat peraturan dalam rumah yang wajib dipatuhi menantu baharu
Antara peraturan itu termasuk pembahagian harta bersama, syarat memasak, laporan harian dan kebersihan rumah.
Ibu mentuanya mewajibkan makanan perlu dimasak mengikut selera anaknya.
Wanita itu juga dipaksa untuk tidak menyediakan makanan yang sama setiap hari.
Selain itu, wanita itu perlu menghubungi dan melaporkan kepada ibu mentuanya keadaan mereka setiap hari.
Dia juga perlu melaporkan apa yang dilakukan di rumah kepada ibu mentuanya.
Peraturan keempat pula rumah perlu sentiasa bersih kerana ibu mentuanya akan datang melakukan pemeriksaan secara berkala.
Disebabkan itu, wanita tersebut berasa dirinya diperlakukan seperti pembantu rumah dan bukan sebagai isteri yang sah.
Tidak tahan dengan tekanan, wanita itu akhirnya menanggalkan cincin perkahwinan dan menyatakan hasrat untuk bercerai pada malam yang sama.
Dia turut meluahkan perbezaan besar antara nilai keluarganya dan keluarga suaminya yang membuatkan perkahwinan itu sukar diteruskan.
Kejadian itu menjadi peringatan tentang pentingnya komunikasi dan batasan dalam hubungan perkahwinan, terutamanya melibatkan keluarga mentua.
Baca juga: Siap pesan suruh duduk sebelah pemandu, abang grab terkejut lelaki minta hantarkan jenazah