Malas nak travel? Ini cara nak buat ayam goreng Hatyai, sekali cuba pasti nak lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi penggemar makanan Thailand pastinya tahu betapa sedapnya ayam goreng Hatyai, kalau dah terbiasa pergi mesti tak pernah ‘miss’ beli bila berada di sana.

Tapi sekarang ni bukannya senang nak melancong semata-mata untuk makanan sahaja, kos pun semakin meningkat.

Maka cara paling senang adalah untuk buat sendiri sahaja di rumah, meskipun rasa malas itu wujud namun ia akan menjimatkan duit anda,

Boleh cuba resipi yang dikongsikan pengguna Facebook, Nurul Ateekah menerusi group ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Cara buat ayam goreng Hatyai

Bahan-bahan:

  • Ayam (1 kilo)
  • Bawang putih 1.5 oz (42gram)
  • Cumin seed (jintan putih) (1 sudu kecil)
  • Akar ketumbar (1 sudu besar)
  • SOS tiram (1 sudu besar)
  • Bawang merah (½ cawan)
  • Sos soya (1/4 cup)
  • Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Biji ketumbar (2 sudu kecil)
  • Tepung beras (¼ cawan)

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung.
  2. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang 2 jam.
  3. Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  5. Angkat dan siap dihidang bersama SOS THAI.

Penyediaan bawang goreng

  • 5 ke 6 biji bawang merah dihiris nipis.
  1. Sediakan tisu dan letakkan bawang yang telah dihiris di atas tisu dan taburkan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga keperangan.
  3. ketepikan dahulu dan taburkan bawang di atas ayam yang telah digoreng.

Senang sahaja, tak perlu susah-susah nak perbaharui passport semata-mata nak makan ayam goreng sahaja.

Baca juga: Kegagalan Tupperware bukan sebab produk tapi sebab terlalu lambat nak sedar