“Malaysia berdukacita” – Netizen ‘sedih’ Aliff Syukri tak jadi keluarkan lagu raya tahun ni

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap tahun lagu raya dikeluarkan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menjadi kritikan ramai ditambah pula dengan muzik video yang kurang menyenangkan.

Tahun sebelum ini, Aliff menggayakan baju melayu ketat dan memanggil lelaki lembut untuk menari dalam klip video muziknya.

Namun tahun ini usahawan tersebut meluahkan rasa kecewa apabila lagunya sudah diberikan komposer kepada artis lain.

Menerusi Instagram, Aliff memohon maaf kepada peminat yang ‘menantikan’ lagu rayanya tahun ini.

“Maafkan saya awak. Komposer buat tahi, curi lagu lirik saya kasi dekat artis lain. Maaf sebab saya kecewakan anda semua, mungkin tak ada lagu raya tahun ini.

“Saya kecewa dengan indusri muzik di Malaysia yang tak pernah menghargai bakat saya.

“Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Rata-rata netizen mengakui sedih dengan ketiadaan lagu raya dari ‘penyanyi nombor satu Malaysia’.

“Malaysia berdukacita dengan berita ni dato, saya jangka ramai yang tak nak beraya tahun ni.

“Dato kenapa tahun ni tak keluar lagu raya, sampai hati dato. Sunyi la industri nyanyian nanti dato.

“Saya bagi cadangan dato pergi jadi penyanyi kat Timor Leste, ‘confirm’ nombor syatu (satu) tok,” antara komen netizen.

Baca juga: Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies, anggap tak beradab muat naik video mesra dengan suami orang