Masya-Allah, ajaibnya kuasa Tuhan! Kucing ini lahir dengan dua kepala

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemilik kucing teruja apabila mengetahui bahawa haiwan peliharaan kesayangannya bakal lahirkan anak tidak lama lagi.

Kejutnya bukan kepalang, pemuda berkenaan malah terperanjat saat melihat bayi yang baru sahaja keluar dari rahim kucingnya itu.

Mana tidaknya, pemuda berkenaan mendapati bayi kucing yang sedang mengigil kesejukan itu mempunyai dua pasang kepala.

Menyifatkannya sebagai keajaiban ciptaan tuhan, lelaki yang dikenali sebagai Muzz itu bersyukur bayi kucing tersebut masih lagi hidup.

Hal ini kerana, ibu kucing kebiasaannya akan memakan zuriatnya sendiri sekiranya dapat mengesan sebarang masalah atau kecacatan.

Kagum dengan penemuannya tersebut, Muzz berkongsi rakaman yang memaparkan bayi kucing berkepala dua itu di akaun TikTok miliknya.

“Ada dua hidung, dua mulut dan kemungkinan ada tiga mata. Sebab yang tengah-tengah itu kongsi, ataupun terlalu kecil. Sebab itu tak nampak.

“Anak-anak dia semua ada enam ekor. Semua dia sorok dekat tempat yang lebih selamat. Dalam rumah berkunci,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok berkongsi perasaan kagum dengan kelahiran ajaib itu.

Malah, ada juga individu yang berseloroh bahawa kelahiran itu berpunca daripada ibu kucing yang termakan pisang kembar siam.

“Masya-Allah, tak pernah jumpa lagi kucing kepala kembar. Selalu tengok lembu dan ular sahaja. Kuasa Allah tiada siapa mampu melawan,” kata seorang pengguna.

“Allah, comel sangat. Mesti mak dia ada termakan pisang kembar siam.” Seloroh pengguna lain.

Setakat artikel ini ditulis, si bulus berkepala dua itu masih lagi hidup namun disorokkan oleh ibunya di tempat yang lebih selamat.

Baca juga: Tabik ‘spring’ tengok malim Gunung Kinabalu, selamba gendong wanita 84KG turun