Mat Sabu buktikan tanam bawang di rumah menjadi

Oleh ROSLAN ZAMAN

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato Seri Mohamad Sabu membuktikan tanam bawang di kawasan rumah boleh sahaja dibuat jika ada usaha.

Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah berkongsi kejayaannya menanam bawang dalam kawasan rumahnya di media sosial sebentar tadi.

“Alhamdulillah semalam Bang Mat dah dapat tuai hasil pertama bawang merah yang ditanam di tepi rumah kuarters Bang Mat.”

Tambahnya walaupun kawasannya kecil tapi mampu membuktikan penanaman bawang mampu dibuat walaupun di rumah.

“Kalau ramai rakyat kita mula amalkan budaya tanam sendiri sayur-sayuran dan bahan asas seperti bawang, insyaAllah suatu hari nanti kita tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber luar.”

“Selain dapat menjimatkan belanja dapur, aktiviti ini juga menyeronokkan – malah menjadi sumbangan kecil kita kepada usaha mengurangkan jurang import makanan negara.”, katanya di hantaran facebook

baca: Mohamad Sabu 1MDB