Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerima ‘hadiah’ daripada pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menteri Besar paling kontroversi tersebut berkongsikan kiriman Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.
“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan McD. Hari Khamis ni (18 November) kita berentap lagi.
“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas line tu wajib laaa…,” kata Sanusi dalam hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.
Pemimpin Pas itu juga berkongsikan hadiah berupa bunga mawar merah yang turut terpampang kad ucapan berbentuk hati tertera kata-kata, “Dengan ingatan tulus ikhlas dari TMJ”.
Sebelum aksi suku akhir pertama Piala Malaysia lagi, TMJ dan Sanusi masing-masing ‘berperang’ menerusi media sosial.