Menyorot Hasbie Muda sebagai Ketua Pemuda AMANAH yang baharu

Oleh BORHAN AHMAD

Setelah ketiadaan penyandang jawatan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, hari ini kesemua AJK Pemuda AMANAH Nasional yang dipilih oleh perwakilan penghujung 2019 dahulu telah selesai memilih Ketua Pemudanya yang baru.

Umum mengetahui bahawa pemilihan semula Ketua Pemuda AMANAH Nasional ini bukanlah kali pertama, sebelum ini setelah penyandang jawatan dilanda badai Sheraton telah meninggalkan parti menyebabkan pemilihan semula jawatan tersebut.

Namun kali ini sedikit berbeza apabila Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang sedang berjuang bersama jawatan sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan telah dijemput oleh Allah SWT akibat Covid-19.

Pejuang yang dimaksudkan ialah Almarhum Shazni Munir.

Kini amanah ini dipikul oleh Sdr. Hasbie Muda pula. Sdr.Hasbie Muda merupakan antara pemuda yang pernah bersama Pas satu ketika dahulu dan menubuhkan AMANAH.

Sdr. Hasbie Muda yang bertapak di Terengganu dipilih sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu semasa penubuhannya. Bukanlah baru dalam politik, beliau mula bergiat aktif dalam perjuangan apabila menyertai pelbagai demonstrasi mewakili mahasiswa.
Memandangkan beliau merupakan penuntut di Universiti Malaya, aura perjuangannya sering ditiupkan hari demi hari.

Baca Artikel Penuh