Setiap restoran pastinya ada caj tersembunyi yang boleh dikenakan kepada pelanggan, apatah lagi hanya mengetahui hal tersebut melalui bil selepas membuat pembayaran.
Seorang pelancong warga Britain terkejut apabila dikenakan caj sebanyak €2 (RM10) ketika makan di sebuah restoran di Itali.
Menurut Ary News, pelanggan itu memesan sandwic bersama kentang goreng dan mengarahkan pelayan untuk memotong sandwic kepada dua bahagian.
Permintaan tersebut dilakukan agar dia dapat berkongi bersama rakannya.
Selesai sahaja makan, lelaki tersebut akhirnya menyedari bahawa mereka dicaj untuk khidmat pemotongan sandwic.
Walaupun terkejut, dia tetap membayar bil tanpa merungut tapi memberikan restoran itu satu bintang dalam ulasan.

Pemilik restoran tersebut, Cristina Bianchi menjelaskan bahawa pelanggan perlu membayar untuk permintaan tambahan.
“Permintaan tambahan mempunyai kos. Kami terpaksa menggunakan dua pinggan serta dua alas, selain masa untuk mencucinya adalah dua kali ganda.
“Ia bukan sandwic yang ringkas, terdapat kentang goreng di dalamnya. Kami mengambil masa untuk memotongnya kepada dua bahagian,” katanya.
Setiap caj yang dikenakan adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh restoran kerana terpaksa menghidangkan kembali makanan dalam dua cara berbeza.
Baca juga: “Kerja apa sampai pakai Vellfire, tunggang agama ke?”, terdiam Ustaz Adnin terima soalan panas