Mogok Doktor Malaysia bermula, ini 6 tuntutan yang dikemukakan

Oleh KIM SYAZIE

Mogok yang melibatkan kumpulan doktor kontrak di Malaysia bakal dilangsungkan selama tiga hari bermula hari ini.

Tujuan kumpulan tersebut membuat bantahan aman adalah untuk mengemukakan enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Menerusi hantaran di Instagram, Mogok Doktor Malaysia menuntut kerajaan menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap.

Mereka juga mahu gaji pokok serta bayaran kadar ‘on call’ pakar dengan pegawai perubatan dinaikkan iaitu RM40 dan RM100 untuk satu jam.

“Mengurangkan waktu bekerja dan oncall untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah. Oncall tidak boleh melebihi 6 kali sebulan.

“Waktu bekerja tidak melebihi 60 jam seminggu. Mengurangkan khidmat wajib seseorang pegawai perubatan kepada 3 tahun secara automatik,” pohon mereka.

Kerajaan juga diminta untuk segera menyelesaikan masalah kekurangan pakar, pegawai perubatan dan perubatan siswazah.

Mogok Doktor Malaysia juga menuntut kelulusan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa syarat.

Baca juga: Isu karipap berkulat, vendor akui jual semula karipap yang tak habis semalam