Pelakon, Muntazar akhirnya mendedahkan punca dirinya mengalami masalah kewangan dipercayai bermula pada tahun lalu sehingga wang di dalam akaun bank miliknya hanya berbaki RM500.
Menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, pemilik nama sebenar Muntazar Ghufran itu mengakui bahawa kewangannya menjadi tidak stabil selepas melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan ‘trading’.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika pelakon berusia 22 tahun terbabit berada di dalam fasa bertunang bersama rakan artis iaitu Saidah Kamaruddin sebelum terputus di tengah jalan berpunca daripada masalah kewangan.
Pengakuan dibuat selepas Muntazar ditanya mengenai isu tersebut oleh pempengaruh dikenali sebagai Acap S di dalam satu sesi siaran langsung yang diadakan bersama di akaun TikTok milik personaliti media sosial berkenaan.
“Apa cerita, betulkah kau hanya ada wang RM500 sahaja? Aku kenal kau, memang jenis banyak duit. (Wang tiada) Sebab ‘trade’ ke?,” soal Acap S di dalam siaran langsung yang dikendalikan olehnya itu.
Muntazar atau nama penuhnya Muhammad Muntazar Ghufran kemudian mengakui bahawa dirinya mengalami kerugian sehinggakan wang dalam akaun bank miliknya hanya tinggal RM500.
Berdasarkan sesi siaran langsung yang sempat dirakam oleh penonton sebelum dimuat naik di platform TikTok itu, kejadian dipercayai berlaku tahun lalu ketika Muntazar masih bergelar tunangan kepada Saidah.
“Betul, aku ada RM500 sahaja. Masa itu tahun lepas ketika kewangan aku memang teruk. Betul, disebabkan trading. Aku lost (kerugian) sebenarnya.” Akui Muntazar dalam sesi siaran langsung tersebut.
Terdahulu, Saidah mula mencuri perhatian ramai selepas meluahkan kemarahannya selain mendakwa Muntazar menceroboh privasinya dengan menggodam akaun TikTok miliknya.
Saidah turut mendedahkan bahawa perkahwinan dengan Muntazar dibatalkan walaupun belum genap setahun mereka bertunang selepas mendapati kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada bulan Mei tahun lalu sebelum ikatan tersebut terlerai pada Oktober tahun yang sama malah Muntazar juga mengesahkan bahawa mereka berdua sudah putus tunang.
Baca juga: ‘Maaf kalau bosan’ – Bella Astillah titip pesan buat peminat BASS