Nak anak membesar secara normal, Ernie Zakri bawa Khawla pergi bazar

Oleh MALAYSIADATELINE

Bulan Ramadan yang hadir setahun sekali pastinya akan menjadi waktu berehat bagi golongan selebriti yang sibuk bekerja.

Buat anak kepada pasangan selebriti sejak dari kecil pastinya menjadi tumpuan peminat ibu ayah hingga kurang privasi.

Memilih untuk berkongsi kehidupan anak dengan peminat, penyanyi Ernie Zakri tetap membawa anaknya, Nur Khawla Soleha berkunjung ke bazar Ramadan lapor Kosmo! Online.

“Khawla anak yang sangat memahami. Tahun lepas berpuasa, kami ada berkunjung ke bazar Ramadan.

“Kali ini kami akan buat benda sama juga sebab saya nak Khawla jadi kanak-kanak normal. Saya nak dia rasa apa saya dan Syamel pernah lalui masa kecil-kecil dahulu,” jelasnya seperti dipetik Kosmo! Online.

Disebabkan itu Ernie mahu menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan disamping melakukan ibadah.

“Saya akan berada di rumah dalam dua minggu lebih sepanjang puasa kerana mahu habiskan masa bersama keluarga dan jadi suri rumah yang cantik pada bulan Ramadan.

“Niat saya mahu masak untuk keluarga setiap hari. Semestinya bulan ini bulan beribadah, apa sahaja kegiatan saya akan curi masa buat dengan keluarga,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ernie memaklumkan jika tiada kerja dia sebolehnya mahu meluangkan masa untuk berehat sahaja dan buat aktiviti bersama keluarga.

“Rutin saya lebih kurang orang lain juga, kalau tiada kerja saya akan berehat betul-betul di rumah.

“Ramadan kali ini lebih meriah sebab rumah saya ramai, apa sahaja aktiviti kami buat bersama,” ujarnya.

Baca juga: Arwah Akiko Okumura rupanya keturunan orang kaya, rela tinggal harta demi cinta terhadap suami