Nak beli makanan atas talian, pembeli terkejut tengok harga nasi putih T20

Oleh KIM SYAZIE

Harga untuk makan di kedai dan makanan di pesan melalui aplikasi sememangnya mempunyai harga berbeza namun tidaklah sampai ibarat langit dan bumi.

Apatah lagi untuk portion yang kecil namun diletak harga terlalu tinggi hingga menyebabkan pembeli berfikir banyak sebelum memesan makanan tersebut.

Pengguna Twitter, @iloveyousuff meluah rasa bimbang apa-bila melihat harga nasi putih yang dicaj RM8, malah jika dilihat pada menu lain juga harganya agak tinggi.

“Salam @KPDN_HQ. Tengok (nama kedai) punya harga ni. Nasi kosong RM8.

“Macam mana nak buat aduan rasmi? Atau hanya perlu viral, itu jalan paling cepat untuk selesaikan masalah,” ujarnya di Twitter

Rata-rata warganet turut mempertikai harga yang mahal, sedangkan rasanya tidak sesedap kedai lain.

“Memang harga dekat shoppefood/grab/foodpanda lagi mahal beli dari walk-in tapi agaklah eh nasi kosong RM8 air mineral pun RM8 ingat dalam zoo ke nak jual harga macam itu. Eh pastu sup RM6.50 apa kejadah hempuk kang,” komen Anne.

“Masa beli awal tahun haritu, laksa sarawak RM23, bendanya kosong gitu je. Bukan ada udang atau protein. Sampai-sampai sahaja umpama makan bihun sup,” tambah Jey.

Benar harga bahan mentah bertambah maka tidak salah peniaga menaikan harga namun pastikan kualiti turut diperbaiki terlebih dahulu.

Baca juga: Menyesal keluar rumah sebab nak main bola – “Itulah kali terakhir adik bernyawa”