Menyesal keluar rumah sebab nak main bola – “Itulah kali terakhir adik bernyawa”

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda tidak menyangka keaplaan dirinya pada 26 tahun lalu bakal mengorbankan nyawa adiknya sendiri.

Semuanya kerana bola sepak, pemuda tersebut sanggup meninggalkan adiknya yang berusia dua tahun seorang diri di rumah.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Redza Ayden itu, insiden berkenaan sebenarnya berlaku sewaktu dia berusia lapan tahun.

Melanggar arahan ibunya untuk menjaga adik, Redza malah keluar dari rumah untuk bermain bola sepak bersama rakan.

Sepulangnya ke rumah, Redza terkejut apabila melihat ramai orang mengeremuni kediamannya bagi membantu adiknya yang terkurung.

“Aku panjat dan masukkan kepala aku masuk dlm rumah. Bila kaki jejak lantai rumah, aku berlari peluk adik. Aku sama naik nangis dengan dia.

“Aku semacam dilanda perasaan bersalah, tinggalkan dia sorang-sorang semata mata demi bola. Petang, bila abah balik aku kena marah lagi,” luahnya.

Pada malam hari, keadaan kembali cemas saat muka adiknya berubah menjadi biru sebelum segera dikejarkan klinik kemudian ke Hospital Negeri.

“Badan adik aku dicucuk sana sini dengan wayar. Itulah sebenarnya kali terakhir aku nampak adik aku masih bernyawa,” kesalnya.

Adik Redza disahkan meninggal dunia pada Subuh keesokkan harinya kerana dipercayai termakan racun saat terkurung sendiri di rumah.

“Kalau ada peluang kedua, abang akan jaga adik sebaik-baiknya.” Katanya.

Baca juga: Ingatkan kena samun, rupanya ibu cagar kereta anak untuk pinjam ‘along’ RM100,000