Tular di pelbagai platform media sosial, muncul satu jenis buah baharu yang menjadi buruan rakyat Malaysia pada saat ini iaitu ‘donat peach’.
Donat peach atau lebih dikenali sebagai ‘flat peach’ di kalangan penanam buah ini sebenarnya merupakan salah satu spesis baharu buah pic.
Agak berlainan dengan buah pic biasa, donat peach ini datang dalam bentuk bulat namun lebih mendatar dan juga leper dari umumnya.
Sejak menjadi ‘trending’ di media sosial, ramai yang menyerbu pasar raya berdekatan dengan rumah mereka untuk mendapatkan buah itu.
Namun, ada di kalangan pembeli buah itu mengaku kecewa kerana buah tersebut tidaklah sesedap seperti yang digembar-gemburkan.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku kepada anda, bolehlah ikuti tips dari pengguna Facebook yang bernama Nor Atikah ini.
1. Dijamin sedap, manis dan ‘juicy’, pembeli wajib memilih buah donat peach yang berwarna merah baldu.
2. Buah yang tidak berwarna baldu boleh dibeli. Namun, ia perlu diperam terlebih dahulu selama dua atau tiga hari sehingga warnanya bertukar.
3. Bagi mereka yang meminati tekstur yang agak rangup, maka tidak perlulah menunggu buah itu masak sepenuhnya.
“Memang peniaga kadang-kadang menjual buah yang tidak terlalu merah kerana donat peach ini diimport dari luar negara.
“Jika pembekal menghantar buah pic yang sudah masak, tentulah buah tersebut sudah rosak pada waktu sampai ke Malaysia,” katanya.
Baca juga: Beri duit belanja setiap bulan, anak-anak ini sanggup layan ibu seperti orang gaji