Ada kalanya nasi yang dimasak tidak habis dan terpaksa dipanaskan semula keesokan hari namun, proses ini sering menyebabkan tekstur nasi berubah menjadi keras atau kering,
Sebenarnya, kalau guna cara yang betul, nasi sejuk dalam peti ais pun boleh jadi lembut dan gebu semula, rasa macam baru masak.
Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita, Izz Ekin berkongsi tip untuk dapatkan nasi sejuk yang berderai seperti baru masak lepas dipanaskan.
“Pernah ternampak post pasal nasi cuci, kebetulan dua hari lepas masak nasi terlebih jadi selebihnya disimpan dalam peti ais.
“Selalunya nasi sejuk saya kukus tapi hari ini saya cuba cuci nasi lepas itu masukkan dalam periuk nasi.
“Eh hasilnya nasi berderai, canti dan lembut macam nasi baru masak,” ujarnya.
Cara-cara:
1. Cuci nasi sejuk tu macam kita cuci beras ja.
2. Lepas tu buang smua air dan masak nasi macam biasa dalam periuk nasi.
Rata-rata warganet turut berkongsi tip sama untuk mendapatkan hasil tersebut dan kebanyakan turut menggunakan teknik cuci nasi.
“Dulu-dulu kalau ada nasi lebih buat macam ni juga, lepas basuh beras baru yang kita nak masak tu, kemudian basuh dan toskan lebihan nasi ni dan masak sekali dengan beras tu, air kena kurangkan sikit. Jangan membazir,” komen Mdm Zee Hj Musa.
“Arwah nenek pun selalu cuci nasi. Saya selalunya masukkan dalam microwave, nasi berderai dan tahan tak basi,” tambah Asmah Hashim Hashim.
Baca juga: Rakan serumah cantik tapi pengotor, gadis rasa macam kuli batak asyik tolong cucikan