Tidak lagi mendapat tempat di dalam program komedi di televisyen, pelawak, Ali Puteh kini menceburi bidang perniagaan bagi mencari rezeki.
Mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM60,000 kepada balu abangnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, pelawak itu terlihat gigih mencari wang.
Pelawak yang berusia 34 tahun itu dipercayai menjalankan perniagaan pakaian tidur kanak-kanak menerusi atas talian iaitu di laman TikTok.
Menurutnya, bagi tiga pasang baju tidur yang bercorak kartun animasi itu, pelanggan boleh membelinya dengan harga RM28.
“Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set.
“Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak,” ucap Ali yang menghargai pembelinya.
Sebelum ini, rumah ibu Ali iaitu Allahyarhamah Sabariah Arshad berdepan dengan tindakan sita oleh mahkamah.
Hal ini kerana pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan itu gagal membayar tuntutan mahkamah sebanyak RM60,000.
Tuntutan itu dikenakan kerana Ali terbukti mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan Hidayah di laman Instagram miliknya.
Ali bagaimanapun berjanji akan menyelesaikannya secara serentak sebelum hari raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Baca juga: Anak dari neraka! Sanggup ‘buang’ ayah tengah strok di bawah rumah