Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, selebriti yang ada kelas tersendiri. Semalam di siaran tiktok, isteri kepada PU Haris itu berkongsi rutin hariannya sepanjang di bulan ramadan.
Menurut Neelofa, dirinya akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk melakukan solat malam dan selepas itu akan bangun kejutkan suaminya.
“i akan bangun untuk solat dan bersahur dengan kurma dan air kosong dan madu. 10 minit sebelum subuh i akan kejutkan Haris (suami) untuk bersahur”
“Selepas dari solat Subuh i akan bava quran ngaji ngaji ngaji sampai lah cukup 4 jam. Biasanya pukul 11 pagi macam tu akan tidur sebentar”, katanya di Tiktok.
Menurutnya lagi, sepanjang puasa bulan ini baru sekali sahaja selebriti itu masak.
“Petang pula saya akan sediakan apa yang patut untuk berbuka, tetapi biasanya mak saya akan hantar lauk ke rumah. Jadi sepanjang bulan puasa setakat ni baru sekali saya masak”
Selepas berbuka, bila Haris ada di rumah kami akan tarawih di rumah.
Kalau dia tak ada, saya akan tarawih sendiri di rumah. Di rumah ada Al-Quran yang besar, jadi sambil solat saya akan baca Al-Quran itu.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Neelofa yang banyak menghabiskan waktunya di bulan yang mulia ini dengan membaca Al-Quran.
baca: Ustaz sangkal dakwaan mak Neelofa tentang amalan baca bismillah 787 kali