Isu tiada air ini sudah banyak kali berlaku namun tindakan yang diambil ahli politik di negeri berkenaan seperti tidak memuaskan.
Tiada bekalan air adalah satu hal bila ada pula kualiti air sangatlah teruk dan berkeruh hingga ia sukar untuk digunakan aktiviti harian.
Malah banyak rakyat yang sanggup berbelanja duit sendiri untuk gali telaga dan siap pasang ‘filter’ demi mendapatkan bekalan air bersih.
Tular video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang menyumbang telaga tiub di sebuah kampung pendalaman Uganda
Air adalah kehidupan. Di sebuah kampung di pedalaman Uganda, di sini mereka tiada bekalan air bersih.
“Siapnya sebuah telaga tiub sumbangan PAS Relief dan NGO Warga Cakna memberikan sinar berharga buat penduduk muslim di sini.
“Mari anak-anak, Pok Cik Man basuh muka,” ujarnya dalam hantaran yang dimuat naik dia akaun X rasmi miliknya semalam.
Rata-rata netizen mengharapkan bantuan sama dihulurkan buat rakyat negeri sendiri yang turut mengalami masalah air.
“Negeri sendiri tak ada air. Sibuk sampai ke Uganda. Di Kelantan, kerajaan persekutuan sampai kena buat pembenihan awan.
“Di Uganda mereka bina telaga tiub hasil sumbangan Pas sedangkan di Kelantan rakyatnya bina telaga tiub menggunakan duit sendiri,” antara komen pengguna X.
Seorang lagi pengguna X memuji tindakan Dr Azman namun mengharapkan ahli politik tersebut memikirkan nasib rakyat Kelantan.
“Kita tolak tepi bab politik. Anda jelas menunjukkan sikap perikemanusiaan terhadap orang lain, itu adalah perkara yang baik.
“Tapi pastikan juga negeri seperti Kelantan mempunyai bekalan air bersih. Ia sudah makan masa bertahun untuk mereka juga,” jelas pengguna X.
Baca juga: Stesen minyak kantoi benar kenderaan Singapura isi RON95, sekali tindakan KPDN buat ramai puas hati