Seorang suami sanggup membelanjakan wang berjumlah RM23,000 hanya untuk memuaskan hati sang isteri yang sedang mengandung.
Menyita perhatian ramai, wang tersebut digunakan untuk membeli ‘stroller’ atau kereta sorong bayi eksklusif keluaran butik berjenama mewah.
Difahamkan, wanita hamil yang merupakan usahawan kosmetik itu sudah lama mengimpikan stroller ‘kayangan’ tersebut.
Bakal ayah itu rela membeli ‘stroller’ yang memiliki harga yang sama dengan kereta sebenar kerana khuatir isterinya kempunan.
Langsung tidak berkira, wanita hamil yang dikenali sebagai usahawan kosmetik tersebut berterima kasih atas pengorbanan suaminya itu.
Penghargaan itu disampaikan di ruangan kapsyen video yang dimuat naik di akaun Tiktok milik @afinisafien.
“Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta baby sampai termimpi-mimpi. Memang kena beli. Nanti kempunan pula katanya suami.
“Alhamdulillah rezeki bayi. Suami kata kalau beli stroller ini kena lahirkan anak lagi tiga tahun akan datang,” tulis wanita itu.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengakui merasa meluat ketika menonton video terbabit.
Seperti sengaja menunjuk-nunjuk, ramai pengguna tidak senang dengan tindakan wanita itu menyebut harga kereta sorong tersebut.
“Perlulah beritahu harga. Nanti kamu semua tak tahu pulak stroller anak dia RM 23,000. Penat sahaja dia bayar,” kongsi seorang pengguna.
“Mesti tiada radio jugakan. Sebab sama harga dengan Perodua Axia Rahmah.” Seloroh pengguna lain.
Baca juga: Ibu melampau! Minta guru ganti rugi lepas anak hilangkan bekas pensil ‘kayangan’