Tular video nyanyi lagu Beggin’, netizen tak sangka suara Cik B rupanya boleh tahan!

Oleh MALAYSIADATELINE

Rakaman memaparkan pempengaruh media sosial, Cik B sedang membuat persembahan dalam satu program realiti nyanyian popular telah berjaya perhatian ramai pengguna media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya menerusi rakaman tersebut, Cik B dilihat menyanyikan lagu Beggin’ yang dipopularkan oleh kumpulan rock, Maneskin dengan cukup baik sekali gus menuai pujian ramai.

Difahamkan, rakaman diambil ketika Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu membuat persembahan dalam program realiti terbitan Astro, Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.

Sedutan rakaman persembahan pada minggu pertama itu kemudian dimuat naik di akaun TikTok milik Astro dan sehingga kini sudah berjaya meraih sebanyak 1.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@astromalaysia

WOW , performance Cik B buat pentas bergegar ! Manager Dato’ Sri Vida & Cik B Jom usha Talk To My Manager bermula 19hb April 2026, setiap hari Ahad, 9 malam secara langsung di Astro Ria atau strim melalui Astro One dan sooka!

♬ original sound – Astro Malaysia – Astro Malaysia

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna TikTok mengakui terkejut bahawa gadis berusia 21 tahun terbabit rupa-rupanya turut memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

Peminat juga turut meninggalkan komen mencuit hati dengan menyifatkan persembahan secara langsung Cik B itu kedengaran lebih merdu daripada nyanyian ibunya iaitu usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).

“Tak sangka suara Cik B lagi sedap daripada Datuk Seri Vida,” kata seorang pengguna meninggalkan komen dalam hantaran tersebut dengan menggunakan nada berseloroh.

“Sedap wehh. Dia berjaya membuktikan kepada para pembenci. Cik B boleh menyanyi. Betul-betul sedap do’oh (sangat-sangat).” Kongsi pengguna lain memuji nyanyian pempengaruh terbabit.

Baca juga: Anak bongsu View Chin didakwa trauma ke sekolah, terlalu lama dilarikan bapa?