Niat ‘dating’ untuk kahwin, Sean Lee dedah 8 tahun bercinta senyap-senyap dengan isteri

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin, pengacara dan pelakon Sean Lee mendedahkan dia dan isteri sudah bercinta senyap-senyap selama lapan tahun.

Malah Sean dan Bay Doucet sudah lama mengenali satu sama sama lain cuma lebih mementing privasi antara mereka.

“Isteri saya seorang yang ‘introvert’ serta sangat menjaga privasi dan dunia kami berbeza.

“Cuma, saya faham keadaan dirinya dan juga saya hormat keputusan dia bersama keluarga untuk kami simpan kisah privasi (percintaan) kami ini sebaik-baiknya.

“Sejak dari awal lagi, kami berdua juga sudah setuju dengan prinsip ‘date to marry’. Kami tidak anggap kami berkenalan bukan untuk serius.

“Jadi, lapan tahun itu kami berikan masa untuk masing-masing pastikan inilah orang yang betul sebagai pasangan hidup,” katanya.

Pada masa sama dia turut berkongsi mereka mengambil masa untuk berkahwin kerana mahu memberi masa agar masing-masing dapat mencapai impian.

“Kami sudah saling mengenali dan menjalin hubungan selama lapan tahun, sebelum sepakat melangkah ke alam perkahwinan baru-baru ini. Dia sudah melengkapkan saya

“Sebenarnya bukan niat saya mahu merahsiakannya (hubungan cinta), tapi ia lebih kepada soal privasi dan peribadi.

Bagaimanapun, perkara ini (bercinta) tidaklah terlalu rahsia sebab kami pun tetap keluar ‘dating’ macam biasa.

“Cuma, saya perlu berterima kasih kepada mereka di luar sana yang mungkin pernah nampak kami keluar bersama, namun tidak dikongsikan di mana-mana platform media sosial untuk memberikan kami privasi itu,” katanya.

Sean berkata, dia dan Bay juga banyak berhubung secara atas talian pada awal perkenalan mereka memandangkan wanita kesayangannya itu melanjutkan pengajian di Australia.

Baca juga: Nampak ringkas dan minimalis, tak sangka kek kahwin Sean Lee guna 5kg Strawberi import dari AS