Semalam merupakan hari ketiga berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023 atau Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang diadakan di Shangri-La Kuala Lumpur.
Antara pereka fesyen yang menjadi tumpuan ramai tentunya BEHATI yang terkenal dengan gaya-gaya unik dan luar dari kebiasaan.
Menggayakan salah satu rekaan dari BEHATI, usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida menjadi tumpuan ramai selepas tampil dengan busana kepuk berwarna kelabu ala-ala aluminium foil.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Vida kelihatan sedang bersiap dengan busana kepuknya yang menutup hampir keseluruhan wajah.
“Apa dah jadi ni?,” tulis Vida di kapsyen.
Dalam ruangan komen di IG usahawan itu, ramai yang berseloroh dan menyamakan Vida seperti ikan bakar.
Tak kurang juga ada yang bertanya adakah bekas kekasih Iqbal itu mahu menandingi Aina Abdul yang sinonim dengan gaya extra.

“Nohh nak lawan Aina Abdul ke”.
“Ikan bakar ke ni.”
“Astronaut ke? Lahh terbaik DSV!! Awak suka mencabar diri awak dengan imej-imej kontroversi ni.”
“Aluminium foil aku dah habis,”, komen pengguna IG yang kemudian dibalas emoji gelak oleh Vida
Baca juga: ‘Syafiq Kyle’ akhirnya bernikah, gadis sekampung lega penantian sejak 2017 berakhir