Umum tahu bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sangat lantang bersuara mengenai Palestin.
Namun tindakannya yang bersetuju untuk menyertai konsert Hitman Returns – David Foster and Friends’ bagi menggantikan penyanyi antarabangsa Jessie J mendapat kecaman ramai.
Apatah lagi semua sedia maklum akan David Foster dan keluarga yang dikenali kerana menyokong Israel sejak sekian lama.
Malah tular video terbaru dimana Siti dilihat seperti tidak dilayan David Foster dan jelas terlihat perbezaan layanan antara Siti dan dua individu lain dalam acara tersebut.
Rata-rata netizen terkejut dengan layan diberikan kepada penyanyi terkenal tersebut dan tak menyangka Siti sanggup menerima tawaran tersebut.
“Malu teruk weh, nak nyanyi lagu kambing (mary had a little lamb) pun tak habis. Memang kambing hitam betul.
“Tak sangka penyanyi yang disanjung tinggi di negara sendiri dilayan macam bangla di sana.
“Tak sempat apa dah ditariknya mikrofon. Orang lain elok sahaja tunggu ekor suara beralun. Aduhai.
“Siti ni sedar ke tak dia ni token je sebenarnya. Dah bertahun menyanyi takkan tak reti-reti lagi,” antara komen netizen.
Meninjau di Instagram, Siti dilihat sudah mengehadkan komen di semua hantarannya selepas diserang netizen.
Baca juga: ‘Abang baju oren’ ubat rindu peminat, tampil dengan lagu Panggilan Haji versi baharu