Operasi LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 2 pagi

Oleh MALAYSIADATELINE

Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga pukul 2.30 pagi.

Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.

Baca Artikel Penuh