Aksi selamba usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ketika mencuri perhatian pengikutnya selepas bersahaja “menyeludup” baki makanannya yang tidak habis.
Menerusi video yang tular baru-baru ini, Che Ta ketika itu kelihatan sedang menikmati sarapan di sebuah hotel.
Namun disebabkan dia tidak dapat menghabiskan makanannya, Che Ta kemudian membungkus baki sarapan menggunakan tisu, sebelum memasukkannya ke dalam beg tangan.
“Mak-mak bila pergi breakfast, makanan tak habis kan, nak tapau untuk brunch. Nasib kita bawa handbag datin,” kata Che Ta.
Meninjau ke ruangan komen, aksi bersahaja Che Ta yang tidak segan membawa pulang makanan hotel membuatkan ramai terhibur.
Mereka juga mengatakan itu adalah perkara biasa bila dah jadi ‘mak-mak.
“Sebijik mak aku , selalu tegur “mak apa ni malu lah”. rupa-rupanya memang mak-mak macam ni ye”
“Dekat kafe kenyang nak mampus, bila masuk bilik dah rasa lapar balik, tu function tapau”
“Mak saya selalu buat macam tu pastu kami acah-acah marah last balik bilik tu kami jugak yang bedal makanan”, kata netizen.
Baca juga: “Aku nak kahwin lain supaya kurangkan beban isteri untuk ‘layan’ aku, dah 10 tahun dia sakit…”