PAC dedah kerajaan guna 50% pinjaman baru untuk bayar balik hutang tahun 2020

Oleh NASUHA RAHMAN

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil perhatian berkenaan dengan sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu Kerajaan digunakan hanya untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi tahun 2020.

Jumlah ini meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding dengan jumlah RM82.723 bilion pada tahun 2019.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, peningkatan jumlah ini diramal akan bertambah dalam tahun-tahun yang akan datang dan ia merupakan suatu keadaan yang membimbangkan apabila Kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang.

Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat oleh Ketua Audit Negara berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2020 serta Pamatuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020.

Ahli Parlimen Ipoh Timur turut dimaklumkan bahawa Pinjaman Kasar untuk tujuan Kumpulan Wang Pembangunan tahun 2020 berjumlah RM48.571 bilion tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan.

“Hanya sejumlah 77.53% atau RM37.656 bilion digunakan untuk tujuan pembangunan dan yang bakinya digunakan untuk tujuan pelunasan liabiliti dan komitmen jaminan serta untuk tujuan perbelanjaan mengurus,” kata beliau dalam kenyataan.

Baca Artikel Penuh