Perbuatan merosakkan harta benda orang lain bukan sahaja menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, malah boleh menimbulkan kerugian besar kepada mangsa.
Tindakan sebegini sering lahir daripada rasa dengki, marah atau dendam, namun hakikatnya ia adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman undang-undang.
Tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik cemas apabila kereta milik seorang pemilik rumah dibakar individu tidak bertanggungjawab.
Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki membawa baldi dipercayai berisi minyak sebelum menuangkannya ke arah dua kereta yang diparkir di hadapan rumah berkenaan.
Dia kemudian menyalakan api dan melemparnya, menyebabkan kenderaan tersebut marak terbakar.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bukit Katil, Melaka berdasarkan apa yang ditulis dalam video yang tular.
Panik dengan situasi itu, individu terbabit dilihat melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya yang turut hangus dijilat api.
Rata-rata netizen menganggap ia adalah balasan kepada perbuatan jahatnya yang tidak berperikemanusiaan.
Baca juga: Pelakon terkenal China, Fan Bingbing kini bergelar Datuk