Pakar saran ajar anak makan betik dengan biji sekali, boleh kurangkan cacing dalam badan

Oleh KIM SYAZIE

Ada baiknya jika ibu bapa menambah sedikit bahan bacaan tentang manfaat buah-buahan dan jenis buah yang sesuai dijadikan makanan harian untuk anak kecil mereka.

Seperti yang dikongsikan seorang pakar pemakanan yang dikenali sebagai Dr Mazliana Mazlan, beliau menyarankan agar ibu bapa sekurang-kurangnya menjadikan buah betik sebagai makanan kegemaran anak-anak yang sedang membesar.

Menurut Dr Mazliana yang banyak berkongsikan tentang pemakanan sihat, ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka untuk mengamalkan makan betik dengan bijinya sekali.

Ini kerana katanya, biji betik bersifat antiparasit dan sebenarnya boleh membantu mengurangkan ‘cacing’ di dalam perut anak yang kadangkala buat mereka tak senang duduk, malah tidur pun terganggu.

“Betik kena jadi buah favourite anak-anak. Buah tempatan, senang sangat nak dapat. Setengah biji buah betik, lagi tinggi kandungan vitamin C dalam sebiji buah oren.

“Biji betik bersifat antiparasit. Sangat bagus untuk anak-anak. Sikit je makan biji tu. Sepotong dadu betik saiz 5cm, bolehlah letak 1 biji betik. Rasa pahit pedas sikit. Memang tak biasa masa awal makan, rasa pelik. Tapi lama-lama akan terbiasa.

“Macam kita tak biasa makan biji jambu batu, biji delima, biji anggur. Bila dah tahu khasiat yang ada, mesti tak susah nak telan,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook miliknya.

Berikut kami kongsikan penjelasan penuh Dr Mazliana tentang manfaat buah betik kepada anak kecil.

Selain tinggi vitamin C dan bersifat antiparasit, betik tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida lain

1. Vitamin A

2. Vitamin E

3. Fiber

4. Folic acid

5. Copper

6. Magnesium

7. Pottasium

8. Lycopene

Betik ada jugak enzim papain dan chymopapain, bagus untuk penghadaman dan kurangkan keradangan. Sebab itu makan betik, mesti asyik lawas nak membuang je kan.

Kita biasakan anak dengan betik tau lepas ini. Seminggu sekali mesti beli untuk anak makan. Kalau dah ada simptom kecacingan, lagi lah korang kena cepat cari dan bagi anak makan betik sekali dengan bijinya.

Kalau anak belum biasa dengan rasa betik, blend kan dulu dan jadikan aiskrim. Masuklah jugak biji betik, tambah madu sikit. Biar dia seronok makan aiskrim betik.

Bila dah serasi lidah anak dengan rasa betik, pantang nampak nanti, asyik kena beli je. Macam ni yang kita nak kan. Kita cuba sama-sama ya.

Baca juga: Tak apa ke wanita hamil makan durian? Dr Imelda perjelas makan sikit tak salah tapi jangan berlebihan

Baca juga: Kerajaan seperti sudah buntu idea mahu selesai isu harga barang naik

Baca juga: Haram perkahwinan berbeza agama, kerajaan Indonesia tolak permohonan pasangan