Panggilan palsu ini sudah lama terjadi namun kini dengan taktik terbaru, ada yang menggunakan nombor orang lain untuk menipu pihak berkuasa.
Bayangkan bukan senang pihak bomba nak menuju ke kawasan yang ditimpa kemalangan, datang pula panggilan palsu membuat laporan salah.
Dua peniaga nasi lemak, masing-masing di lokasi berbeza terkejut selepas didatangi pihak bomba yang bertanya akan laporan dibuat daripada nombor telefon mereka.
Peniaga pertama
Peniaga nasi lemak, Walawa empire menerusi TikTok berkongsi bahawa ada laporan palsu dibuat menerusi nombor telefonnya ke kedainya yang terletak di Plaza Idaman, Gombak.
Namun dia memaklumkan telefonnya digunakan untuk membuat siaran langsung semasa berniaga maka tidak mungkin dia boleh membuat sebarang panggilan kecemasan.
“Mungkin bagi orang yang tak kena akan cakap benda kecil, tapi masa ni dah terfikir macam macam.
“Aku dah terfikir polis akan angkut aku sebab buat panggilan palsu sedangkan aku tak buat. Macam-macam cara zaman sekarang ni orang nak buat jahat kan.
“Kesian pada pihak anggota yang terlibat. Kalau lah mereka yang buat kerja kotor ni tahu akibat, mesti mereka tak sanggup buat.
“Cuma mereka ni berani sebab susah nak kena tangkap je, tapi percayalah, kalau pihak berkuasa dah mulakan siasatan, pasti akan kena juga,” kongsinya di TikTok Walawa empire.
Peniaga kedua
Lain pula kejadian untuk peniaga kedua, dikatakan nombornya membuat laporan bahawa ada kemalangan serius terjadi di kawasan kedai yang terletak di Public Bank, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
Pemilik nasi lemak seni jalanan itu berkongsi mengenai situasi tersebut di TikTok dan meminta individu untuk berhenti membuat laporan palsu.
“Buat panggilan palsu ke Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999). Sambungan pihak bomba cawangan Seputeh Taman Desa Kuala Lumpur konon ada kemalangan serius.
“Letak pula nombor telefon saya sebagai rujukan, anda boleh dikenakan tindakan dan hukuman jika sabit kesalahan, pihak berkuasa boleh cari lokasi kamu dan kenal pasti nombor telefon kamu.
“Jangan diulangi benda bodoh lagi. Apa yang kamu dapat dengan cubaan sabotaj saya.
Situasi tersebut dilihat sangat membimbangkan apatah lagi ketika siaran langsung, lokasi kedai dan nombor telefon jelas terpampang menyebabkan ada ‘scammer’ senang untuk mengambil butiran.
Baca juga: Qawiy pernah terfikir nak bun*h diri lepas terpalit kes ganguan seksual, cari cara tak sakit