Penting sikap tolak ansur kalau hidup berjiran, tidak boleh hanya ikut kehendak sendiri hingga akhirnya timbul pergaduhan dek kerana ego.
Isu yang sering berlaku dalam kawasan perumahan adalah kawasan parkir yang kecil, jadi ramai memilih untuk parkir di luar malah ada sampai letak kereta depan rumah jiran lain.
Namun lain pula kisah kali ini, wanita dalam video yang dimuat naik di TikTok, @hasnanrili disantau kerana meletakkan kenderaan di hadapan rumah sendir. Pelik?
Tahu mengapa jiran tersebut marah? Sebab sebelum mereka (keluarga wanita berubat) pindah masuk, jiran itulah yang meletakkan kenderaan di situ.
Jadi dia marah apabila kehilangan tempat letak kereta walhal kawasan tersebut memang bukan miliknya.
Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa jiran tersebut parkir betul-betul di hadapan pagar hingga menyukarkan dirinya untuk keluar pada waktu pagi.
Lebih menyakitkan hati, tempat letak kenderaan di rumah jiran tersebut sebenarnya besar dan mampu memuatkan tiga kenderaan.
Siapa sahaja mampu menahan marah jika permulaan hari sudah diganggu dengan hal remeh daripada jiran yang keank-anakan itu.
Selepas memberi teguran bermulah kisah baru yang lebih menyakitkan hati, hari-hari akan ada air kencing disimbah di atas lantai depan pintu rumah.
Malah banyak juga perkara-perkara aneh yang dijumpai di perkarangan rumahnya.
Hidup berjiran ini kalau pentingkan diri baik beli rumah di pergunungan, duduk sahaja satu keluarga di situ, tak ada ganggu sesiapa.
Baca juga: Anak mengadu jenis darah berbeza, lelaki nak pitam bila baca diari isteri – “Ini kerja dia rupanya”