Pas turut bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan meletakkan calon tunggalnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.
Parti itu mencalonkan seorang usahawan, Mohammad Arifiriazul Paijo dalam PRN pada 18 Disember ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang mengehadkan kempen pilihan raya.
Jelasnya, turut mendorong keputusan itu ialah faktor hubungan kerjasama di peringkat kerajaan pusat yang membabitkan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Situasi Co-19 masih menjadi ancaman besar dan situasi politik tanah air juga memerlukan suasana harmoni dan tenang bagi memberi fokus kepada usaha menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi.
“Kita ambil kira hubungan peringkat pusat yang libatkan pelbagai parti termasuk GPS, maka Pas pusat memutuskan untuk meletakkan satu calon iaitu di DUN Beting Maro,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.