Patutlah makan kat kedai lembut je! Rupanya kena goreng dulu sotong kembang

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka makan sambal sotong kembang di kedai mesti tertanya-tanya macam mana ia boleh lembut sedang bila masak di rumah ada masanya keras.

Rupanya kalau nak ia lembut, ada satu teknik masakan yang perlu digunakan sebelum dimasukkan dalam sambal.

Menurut pengguna Facebook, Hanim Hassan dia pernah menyoal satu pekerja restoran yang dilihat menggoreng sotong tersebut.

“Dulu mula-mula masak sotong ni, susahnya nak lembut. Satu hari tu, ternampak seorang pekerja di sebuah restoran sedang menggoreng sotong ni.

“Bila ditanya kenapa goreng sotong kembang tu nak masak apa. Katanya, sotong ni digoreng hingga kering airnya supaya jadi lembut bila masak sambal,” ujarnya.

Haa bila dah tahu teknik tu apa lagi boleh guna dengan resipi yang dikongsikan Roskaryati Abu Bakar di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Baca Artikel Penuh