“Patutlah orang gaji asyik muntah, tak sangka ini rupanya kerja dia dengan suami aku”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita langsung tidak menyangka, suami tersayang tergamak mengkhianati ikatan perkahwinan yang dibina bersama selepas kehadiran orang gaji di rumah.

Kecewanya bukan kepalang, kejadian bermula apabila wanita yang dahulu bergelar suri rumah membuat keputusan untuk bekerja demi meringankan beban suaminya.

Pasangan suami isteri terbabit kemudian memutuskan untuk mengambil orang gaji tinggal bersama bagi menguruskan anak dan melakukan segala pekerjaan di rumah.

Mula hilang arah selepas mengetahui perbuatan orang gaji dan suaminya di rumah, berikut perkongsian sang isteri yang keliru mencari punca masalah dihadapinya.

“Dunia sekarang keras. Semua bendalah naik harga daripada makanan, minyak, bil, sampailah yuran sekolah dan sewa rumah. Jadi aku buatlah keputusan untuk bekerja bagi membantu suami menambahkan pendapatan isi rumah. Aku bertugas sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat besar manakala suami pula seorang akauntan.

“Gaji aku Alhamdulillah, memuaskan. Tambah lagi gaji suami aku, jadikan hidup kami selesa. Pada mulanya, aku menghantar dan mengambil anak tunggal kami di tadika selepas habis kerja. Tetapi masalah timbul apabila aku mula culas buat kerja rumah. Mungkin salah aku sebab terlalu penat bekerja. Makan selalu pesan di luar sahaja.

“Tambah pula, anak kecil lagi. Jadi apabila balik rumah, tentunya dia akan bermain dan kediaman kami akan berselerak semula. Aku bertugas dari jam 9 sampai 5. Jadi secara lumrahnya, kerja akan dibawa pulang ke rumah. Suami mula tegurlah tentang rumah yang semakin bersepah. Sampailah dia cadangkan untuk cari orang gaji.

“Aku mula-mula macam tak nak sebab fikirkan masalah kos. Keselamatan anak lagi. Tetapi selepas dua ke tiga minggu, aku ikut cakap suami selepas fikir masak-masak. Dia dapat carikan orang gaji dari negara seberang. Orangnya muda dan polos, tetapi cekap buat kerja rumah. Pandai memasak pula itu.

“Aku panggil orang gaji sebagai Baba (bukan nama sebenar). Risau juga sebab kes penderaan semakin berleluasa sekarang ini. Tetapi aku tengok dia macam baik-baik sahaja. Sangat pandai jaga anak aku. Alangkah indahnya hidup aku masa itu. Taklah kelam-kabut ambil anak. Balik rumah sahaja, lapang sudah berkemas.

“Segala makanan juga tersedia dan anak juga sudah mandi bersih serta wangi untuk menyambut aku pulang. Suami juga nampak lebih gembira and selalu belikan aku hadiah apabila dia dapat bonus. Aku sangat bersyukur dengan apa yang ada. Pejam celik sudah setahun lebih Baba bekerja. Anak aku pun mula masuk sekolah.

“Alhamdulillah, sekolah berdekatan dengan rumah. Jadi suami yang menghantar dan menjemput anak. Tak lama selepas itu, Baba macam selalu pening kepala dan asyik muntah. Aku pun belikanlah ubat tahan sakit. Tetapi tak jalan juga. Aku ajak dia pergi klinik, tolak pula. Kata Baba, sakitnya itu tidaklah seteruk mana. 

“Hinggalah satu hari, aku pergi ke pejabat dan terlupa bawa komputer riba. Sampai rumah dengar suara Baba nyaring, seperti tengah bergaduh. Aku dengar suara Baba menjerit, ‘aku hamil mas!’ ketika mencari kunci rumah. Tak tunggu apa, jumpa sahaja kunci aku terus buka pintu dan nampak Baba pegang kit ujian kehamilan.

“Ketika itu, Baba tengah tunjuk dekat suami. Pada masa sama, suami tengah pegang kepala Baba. Anak pula duduk di sofa sambil susun buku dalam beg. Aku betul-betul rasa macam tengah tengok sinetron ketika itu. Aku tanyalah mereka sama ada betul atau tidak perkara yang didengari sebentar tadi. Nafsu marah aku bergolak.

“Aku nak serang Baba tetapi suami halang. Anak aku pula mula panik and takut. Dia mencuba untuk memujuk and tenangkan aku. Suami pula berdalih. Katanya memang Baba mengandung, tetapi bukan anak dia. Aku semakin menggila dan terus tanya, ‘berapa banyak kali kamu berdua main dalam rumah ini?’. 

“Tiba-tiba anak aku mencelah. Dia cakap jangan marah Papa kalau dia main dengan Baba. Anak kata memang sebelum sekolah, Papa dengan Baba akan main bersama. Sambil tunggu nak pergi sekolah, dia selalu tengok. Biru teruslah muka Baba dengan suami aku. Aku suruh anak ambil beg and hantar dia pergi sekolah.

“Menggigil tangan aku semasa memandu. Aku minta cuti daripada majikan sebelum pergi ke sebuah kafe. Tempatnya tersorok dan aku selalu pergi ke situ untuk ‘healing’ seorang diri. Telefon aku penuh dengan notifikasi penggilan dan pesanan mesej dari suami. Tetapi aku block(sekat) dia. Tak tahu nak buat apa dan sekarang ini.

“Aku tengah menulis di dalam kafe. Lama aku duduk dan termenung fikir. Aku buntu. Adakah ini semua salah aku sebab bekerja untuk tambahkan pendapatan isi rumah kami? Salah aku jugakah terima Baba dalam keluarga kami? Sampaikan mereka tergamak bermaksiat di depan mata dan dengan pengetahuan anak aku sendiri. 

“Aku tak tahu nak buat apa sekarang ini.” Kongsi Matahari (Bukan nama sebenar) menerusi satu hantaran di sebuah forum atas talian.

Baca juga: Beli kereta mewah cecah jutaan ringgit, cara Cik B silang kaki sebelum masuk pula raih perhatian