Patutlah rasa mengantuk sangat masa puasa, doktor ini dedah puncanya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mutakhir ini ramai yang berkongsi keadaan mereka yang senang untuk mengantuk ketika di bulan puasa ini lebih-lebih lagi selepas sahur pada waktu pagi.

Keadaan ini dijelaskan sendiri oleh doktor mengenai punca dan kaedah untuk menatasi rasa mengantuk pada bulan puasa.

Disebut sebagai ‘food coma’, keadaan ini menurut sains hanya terjadi disebabkan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi atau air manis.

Menurut Dato Dr Tikfu Gee, apabila kita makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras insulin dalam badan kita akan meningkat lalu menyebabkan kita rasa mengantuk dan lapar.

doktor ini dedahkan sebab kenapa kita asyik mengantuk lepas sahur

“Jadi tips untuk bersahur menurut sains adalah bersahur dengan makanan yang tinggi protein dan elakkan makanan berkarbohidrat tinggi, supaya kita rasa kenyang lebih lama dan kurang rasa mengantuk dalam bulan puasa ini,” katanya seperti dikongsikan di tiktok.

@drtikfugee Ramadan Mubarak semua! Selamat menunaikan ibadah puasa 1444H ✨ . #ramadan #ramadankareem #sahur #suhoor #resepisahur #inspirasiramadan #kitajagakita #malaysia #fyp #fypシ #ramadhan ♬ Ramadhan Tiba – Opick

doktor ini dedahkan sebab kenapa kita asyik mengantuk lepas sahur

Video yang dikongsikan menerusi Tiktok ini juga telah mendapat perhatian dan tontonan ramai.

baca: Pasangan India ini cuba berpuasa buat pertama kali tuai pujian ramai